Wednesday, September 22, 2010

ITS OVER

The End. Aku menangis.

Tuesday, September 21, 2010

Tidurkan Aku

Kepalaku berdenyut2 seolah-olah zouk telah membuka cawangan baru di kepala ku..wah..sungguh meriah..semakin berputar waktu semakin ramai ungka-ungka kegilaan meloncat-loncat..aku kerimasan.. aku mahu menangis..aku tidak tahan.. tidurkan aku..

Tugasan-Tugasan kampus yang menyemakkan jiwa ku seolah-olah tiada penghujungnya.. dan kala ini aku sering berangan agar aku bisa menjadi perempuan cerdas. menyiapkan semuanya tanpa sebarang dugaan...aku kepenatan.. tidurkan aku..

Malam tadi aku hanya berbaring.. kepala ku sakit.. jiwa ku kosong.. mataku?
aku rindu dia.. tapi dia menipuku.. aku ingin marah..tapi semuanya salah aku..
Aku tidak mahu tidur.. aku mahu dia.. suara nya.. kasihnya.. cintanya.. hanya dia yang bisa tidurkan aku...

sayang.. saya rindu...tidurkan aku..bersamaku

Saturday, September 18, 2010

Aku bukan bidadari syurga

Kenapa aku harus menangis?
Mengetepikan perasaan aku sendiri
Aku terabai dalam api kemarahan aku sendiri
mengapa tidak saja aku menyakiti mereka?
makhluk yang telah menyakiti hati ku

Kenapa aku yang kau racuni?
Kenapa aku yang kau cintai?
Kenapa aku yang dizalimi?
Adakah aku firaun yang menjahanamkan diri?
Kenapa harus aku?

Aku biarkan tubuh ini meraung kesakitan
Aku biarkan tubuh mu bergetar memberi hadiah gelak tawamu
Disaat ada darah yang mengalir
Disaat jantungku cuba berhenti
Namun..Aku masih disini..Salahkah aku?

Disaat kisahku menerbitkan duka
Ada bayang lain yang menyapa
meminta untuk di manja
meminta untuk di puja
sedangkan aku yang sengsara
terus kau menghukumku di atas penolakkan
terus kau mendengkikku seolah aku yang sengaja
tidak kah engkau tahu apa yang telah aku hadiahkan
buka lah mata.. terangkan jiwa..bukan aku yang berdosa!

Aku gadis pelik yang menyeksa
menyusahkan hari-hari indah kalian
alangkah bahagia jika aku tidak nyata
hanya sebutir debu yang singgah di kepala
tapi jauh di hati ada kasih dan belaian yang ku minta
dari kalangan darah yang serupa
layakkah aku?

Sayang..
Aku bukan bidadari syurga
Aku tidak sempurna
Aku bukannya istimewa
Aku tidak mampu untuk menjadi milimu

Sayang..
Inginku bawa kau ke sana
di atas bukit kita bedua
akan ku belai rambut dan wajahmu
sambil engkau melihat pelangi jiwaku

Sayang..
Aku bukan untukmu
seringkali aku menyakitimu
Aku bukan aku..
tidak seindah jadian mu
kamu segala-galanya
yang terindah bagiku..
tinggalkanlah aku..
Agar kebahagiaan selamanya untukmu
Agar keindahan menjadi milikmu
bila aku tidak lagi di sisimu

Aku ingin pergi
Aku tersiksa
Aku tidak mampu sayang..
sungguh tidak mampu..
izinkan ku pergi
bersama nisan yang tidak bernama

im useless

im not cool.. im a freak.. i cant be ur friend.. hate me if u want 2.. u only bring headache 2 me.. but i still love and care bout you.. i need space.. leave me alone..

Monday, September 13, 2010

SAKIT OTAK.. PERGI JAHANAM DENGAN LADY GAGA

Aku telah jatuh dek lakonan-lakonan puaka engkau... menzalimi aku seolah2 dosa dan neraka itu ternyata sudah tercatit nama ku.. apa khilaf ku ? woi perempuan hina!.. tell me!..

Aku bukan taylor swift yang terlalu cantik untuk di agongkan.. aku bukan diva yang patut di propakan.. aku bukan sapa-sapa seperti engko LADY GAGA!.. ketika ini aku benci engkau..teramat-amat benci..

Ada kegilaan di kepalamu.. di sebabkan debu-debu kristal halus yang kau sedut dari ruang hidungmu..atau terus ko suntik ke dalam salur darahmu agar bisa kau berfikir di luar kewarasan seorang manusia.. engkau sudah menyerupai binatang.. ya!.. aku tidak peduli.. sudah aku bilang..aku bukan taylor swift.. kali ini aku lah perempuan sundal tepi jalanan yang aku menolak engkau mati ke longkak penuh tikus gemuk!..jijik!

kenapa mati perlu dijadikan kepuasan dalam hidupmu.. kenapa darah aku ini yang ingin kau minum kering?..kenapa cebisan-cebisan dagingku ini ingin kat hiris dan terus dimakan mentah? kenapa engkau mahu aku mati??? kenapa?

Lady gaga.. ko tauk tak.. aku pernah mengangungkan kecantikkan mata mu.. walau kau punya konflik jiwa pabila kau luahkan rasa cintamu.. dan aku pernah terpaku dengan lirikkan manja bogel lengguk badanmu... ak pernah merasa getar bila bersama mu.. aku sakit jiwa..ya...aku pernah..

selamatkan aku dari kezaliman mu.. hilangkan kesakitan ku di sebabkan mu.. jangan terus diseksa tubuhku ini.. aku penat.. mungkin aku berdosa.. seperti engkau aku tidak berhak bahagia.. andai bisa ku berikan kasih sayang ku..kebahagianku..engkau ambillah.. biar aku keseorangan duduk di kerusi usang..dibaluti baju ketat putih..menggilakan diri aku yang waras.. aku sanggup..

bunuh la aku.. bakarlah jiwa ku.. engkau buanglah aku sedalam dalamnya.. aku capek.. aku sobek.. aku merindui dia.. dan aku benci engkau lady gaga...

Sunday, September 12, 2010

!!!!!

me sick.. peluh2.. he watch movie.. me wanna sleep.. me jiwa kacau!

Entry Raya 2010

Aku tiada idea untuk menaip.. aku juz nak cakap..
Raya tahun ni aku bahagia.. aku sakit.. aku bahagia.. aku rimas..aku bahagia..
2 je.. yang lain..penat..tidor..berdengkur..
yang best... bert2.. kan!..

Sunday, September 5, 2010

...................

Kosong...
Rindu...
Cinta...
Bodoh...
Benci..
Sunyi..
Aku...

Aku adalah insan yang paling lemah bila saat aku memikirkan kesempurnaan mu..
Aku adalah tunggul yang tidak berhati bila saat kau mematikan diri..
Aku adalah aku yang tidak pernah layak di sayangi..

Aku ingin keluar dari kepompong membanggakan diri dengan keindahan..
Tapi untuk mengapa kiranya kehadiranku untuk hidangan binatang-bintang sejuk..
Biarkan aku mati dalam kelemasan..
Disaat aku menyintai kehadiran kau yang sempurna..

Diperbatasan waktu dan masa..
Engkau ku punya..Engkau ku puja..
Namun apabila kata-kata meluahkan rasa..
Engkau tidak pernah merasa..
Untuk apa kasih..untuk apa rindu..
sekiranya kematangan yang kau mahu..
Tidakkah kau tau.. Cintaku terlalu dalam untukmu?
walhal..ianya hanya kebukaan minda buaatmu?

Andai derita ku berpanjangan..
Usahlah engkau ketahui..
Bahwa suatu hari aku akan pergi..
Bersama kesakitan yang meluruhkan seluruh rambutku..
Bersama kesakitan yang menghilangkan rasaku..
bersama kesakitan yang menghancur luruh kepalaku..
Di saat itukah engkau akan memahami..
Kepompong ini tidak lagi bererti..
Aku Mati dalam keselimutan..
Rahsia duniawi..
Kerna Cintamu..

Friday, September 3, 2010

Tompi - Salahkah (High QUality)



tompi-salahkah

Salahkah bila ku mendua
Salahkah bila rasa itu ada
Dan aku tak lagi merasa engkau ada
Dan cintaku seolah jenuh akan hatimu

Reff:
Kasih tinggalkanlah diriku tuk selamanya
Biarkan ku sendiri
Cukup bagi diriku melukai hatimu
Kasih tinggalkanlah diriku tuk selamanya
Biarkan aku
Mungkin kau akan bahagia dengan dia, yang lain

Tak perlu kau memohon untuk kembali
Tak perlu kau memohon cintaku
Tiada lagi ruang di hatiku
Yg tersisa untukmu



Sungguh ku pun tak bisa
Untuk tetap mencintaimu
Sungguh ku takkan bisa
Untuk selalu menyayangimu
Sungguh ku tak bisa
Untuk tetap mencintaimu selamanya
Pergilah kasih tinggalkan aku

p/s saat ini aku sedih kerana aku menyakitkan hati mu...maafkan aku sayang...aku terlalu mencintaimu...

Thursday, September 2, 2010

AkU BuKaN MaLaIkAT


i
Bila jemari mula menari-nari di papan ronggak ini, akan bermula lah bebelan kosong si empunya.. Gegaran di otak semakin hari semakin membunuh sel-sel tahan sakit di kepala ku.. sehinggakan sel-sel morning sickness singgah menyapa tubuh badanku.."uwek" kan yang berterusan yang amat menjengkelkan..

Di saat aku mahu kembali tidur menyulam mimpi bermadu kasih, aku di datanggi bayangan tangisan aku tengah hari semalam.. hati aku basah.. aku kecewa..aku STRESS! Pagi semalam yang amat memualkan aku adakah ianya mendorong aku untuk mengalirkan air mata atau ianya sekadar alasan aku tidak tahan sakit denyutan lagu dangdut di kepala..

Pangilan telefon yang tidak berjawab meresahkan aku.."cumie..im worried about her".. sms yang aku terima tengah hari semalam menyebabkan aku rebah di kerusi kayu di luar kantorku.. aku terus mendail no sahabat yang ku rasakan sedang berperang dengan perasaan..MASALAH cinta.. ya..itu sudah pasti..

Aku terus mendail.. Yes..kali ini panggilan ku berjawab.. tapi tidak punya suara untuk berbicara..hanya esekan halus si gadis yang putus cinta..aku diam.. terus membiarkan tangisan bergema yang diselang-selikan dengan taipan jari-jemari di dada komputer..bisa saja si komputer bersuara akan di sumpah jahanam si tuannya kerna menekan punat-punat seolah-olah menghukum mati dirinya.. terus..aku diam..

Aku cuba bersuara di sebalik tangisan..tapi tidak ada jiwa.. terus menangis.. ahh..aku tidak punya 89jam sehari untuk menemani kau.. aku juga punya cerita..aku terus meluahkan rasa..biar aku turut menangis bersama..


Aku bukan malaikat...Yang punya sayap-sayap besar untuk melindungi.. yang putih salju yang dapat menyejukkan hati mu..aku bukan malaikat...

Kata-Kataku bukan bahasa bogel yang menampakkan si badannya masih dara atau bujang..yang menyatakan dirinya naif seolah-olah tiada dosa..aku juga tidak sempurna..

mengapa aku terbeban dengan drama-drama swasta di TV kerajaan..kerna kamu adalah darah yang mengalir di jantungku.. kerna kamu ada lah sahabatku..
kenapa hanya aku yang berdosa pabila masalah memutarkan kepala..sedangkan aku cuba menyapa..menenagkan rasa.. aku bukan malaikat..tapi aku mencuba..

Kata-Kata aku kosong..aku tidak memahami..tetapi kenapa aku dicari? adakah untuk menghina diri yang rapuh tidak bernadi?? Matanglah kamu wahai sahabat..dunia terlalu indah untuk ditangisi..mata mu bersinar jangan di noda tangisan kerna lelaki..bangunlah..terbanglah bersamaku..walau aku bukan malaikat..

Jangan cuba memahami aku.. membandingkan dirimu dengan aku..kerna kamu tidak mampu..
walau kau mengangkuh diri berkata kau sahabat yang mengerti.. pergi jahanam kerna itu hanya ilusi..tiada siapa yang memahami diri ini..kerna aku kosong tiada erti..bodohkan?

aku bukan malaikat..kerna aku terus disakiti..bukan untuk di puja..walau aku tidak pernah meminta..hanya bila kamu punya rasa.. mendamakan aku dalam kehadiran.. biarkan aku berkata-kata..walaupun ada darah yang mengalir.. ada mata yang terbasah..AKU BUKAN MALAIKAT..