Sunday, September 5, 2010

...................

Kosong...
Rindu...
Cinta...
Bodoh...
Benci..
Sunyi..
Aku...

Aku adalah insan yang paling lemah bila saat aku memikirkan kesempurnaan mu..
Aku adalah tunggul yang tidak berhati bila saat kau mematikan diri..
Aku adalah aku yang tidak pernah layak di sayangi..

Aku ingin keluar dari kepompong membanggakan diri dengan keindahan..
Tapi untuk mengapa kiranya kehadiranku untuk hidangan binatang-bintang sejuk..
Biarkan aku mati dalam kelemasan..
Disaat aku menyintai kehadiran kau yang sempurna..

Diperbatasan waktu dan masa..
Engkau ku punya..Engkau ku puja..
Namun apabila kata-kata meluahkan rasa..
Engkau tidak pernah merasa..
Untuk apa kasih..untuk apa rindu..
sekiranya kematangan yang kau mahu..
Tidakkah kau tau.. Cintaku terlalu dalam untukmu?
walhal..ianya hanya kebukaan minda buaatmu?

Andai derita ku berpanjangan..
Usahlah engkau ketahui..
Bahwa suatu hari aku akan pergi..
Bersama kesakitan yang meluruhkan seluruh rambutku..
Bersama kesakitan yang menghilangkan rasaku..
bersama kesakitan yang menghancur luruh kepalaku..
Di saat itukah engkau akan memahami..
Kepompong ini tidak lagi bererti..
Aku Mati dalam keselimutan..
Rahsia duniawi..
Kerna Cintamu..

No comments:

Post a Comment