Monday, July 25, 2011

Nyawa yang sia-sia

Nafasmu... Nafasku...
Berdaging dan berdarah sepertiku..
Putih asalnya tulang serupaku...
Menyokong tubuh untuk berdiri..
Di tanah rumput yang sama...
Meniti hari yang tiada bedanya...

Namun...
Dimana silap..?
Dimana punca..?
Dimana erti semua..?
Bila kezaliman menjadi kebodohan yang dibangga?
Bila mata dan telingga dicacatkan segala..
Bila dunia berpolitik agama..
Hilang jiwa.. hilang nyawa..
Bermandikan darah seolah nyawa milik tegar tindakan gila mu!

Berderai otak... berkecai tubuh..
Peluru menembusi jantaung dan hati...
Bila maut dihukum dengan besi karat penjara...
Wajarkah hukuman dunia keatasnya???
Percumakah penyeksaan kasih sayang nya???
Tidak mungkin!

Kamu adalah anak dajal durjana..
Menjadikan pelbagai alasan mencabut nyawa..
Tubuh kaku..mata masih terbuka.. dikapankan semua..
Kamu tersenyum di depan dunia..
Mendabik dada akulah "WIRA"..
Wira kesucian agama yang songsang fahamannya..

Ah sialan semuanya.. Syaitan sedang berpesta melihat dunia...
Mengangkat gelas dosa.. Kerna ada manusia seperti mereka..
Dan aku????? adakah akan bersama mereka??

Walau neraka atau syurga balasan jiwa yang pergi..
Aku yang menanti saat roh ku dijemput kembali..
Akan terus menangisi tragedi..
Jiwa-jiwa yang hilang ditangan makluk tuhan sepertiku..
Aku malu.. Walau berjuta titisan air mata..
Tidak akan mampu mengikis kedukaan peyiksaan jiwa...
Damailah sahabatku...
Nasib kita mungkinkah sama...
Mungkinkah??

Friday, July 22, 2011

Aku bosan Lagi

Aku bosan lagi..
Tiap-tiap hari macam ini..
lepas sedar diri...
Aku tetap mcm ni..

Aku bosan lagi..
Tiap-taip hari tgk Tv..
Bila nak sihat camni?
Kalau asyik makan dan tidurkan diri..

Aku bosan lagi..
Aku malas nak cuti..
Aku nak lari..
Dari pandang syiling pagi-pagi..

Aku bosan lagi..
Aku datang office awal hr ni..
Walaupun cuti banyak baki..
Langsung ku tak peduli..

Aku bosan lagi..
Dah tak ada keja untuk aku lagi..
Bos senyum sendiri..
Macam nak cocok mata pki jari...

Aku bosan lagi..
Keje tak keje aku tak pasti..
Duduk rumah gigit jari..
Dekat ofis pandang kanan kiri..


Aku bosan lagi..
Tak tahan mcam ini..
Tolong aku happykan diri..
cari idea hilangkan bosan ini...(>_<)

Monday, July 18, 2011

Bila Mata Mengawal Paras Natural Hormonku

Aku masih di sini.. hidangan tengah hari ku dengan bacaan novel usang yang telah dikhatam beribu kali.. hampir saja aku mampu menghafal dialog...

Masih bersedih.. bukan kerana adengan lagak ngeri yang menjatuhkan urat-urat kentutku pagi tadi.. tetapi kata-kata yang menyatakan aku adalah poser besar kerana penulisan salah satu karya ku yang dikatakan meniru karya agung A.samad Said.. Salina dan Maliqha adalah individu berbeza.. tidak apa.. aku bukan piala dunia yang harus diagungkan.. yang dicium bak kilauan emas.

Aku menulis teks ringkas untuk angel pagi tadi ketika menunggu nama ku di panggil misi-misi pertengahan usia yang ganas!.. ya.. mereka agak seram dimataku..!.. Angel sibuk menulis karya yang mampu merubah dunia!.. ya.. aku percaya!.. Nantikan saja..Sabar dan senyum cumie!

Aku sebenarnya mati rasa... malam sebelumnya.. aku di lamun cinta plastik bila mataku terpandang susuk tubuh yang amat menganggu perlakuan ku sebagai wanita bertudung.. Ya.. aku bernyayi di khalayak ramai.. dan ada jua saat aku menggerakkan badan kiri kanan..atas bawah.. aku menjadi sebahagian daripada ribuan peminat fanatik aizat and d band... Altimet juga ada.. bagus orangnya.. syukur!..






Walau siapa empuya jasad.. jujur aku katakan.. aku gembira.. dianugerahkan waktu untuk melupakan peristiwa yang mampu meragut nyawaku... Mulai saat ini.. aku ingin menjadi apa yang aku inginkan... dengan izinNYA...

All is Well Cumie!

Monday, July 11, 2011

Soulfly

It hurts the worst when the person that made you feel so special yesterday, makes you feel so unwanted today.