Masih bersedih.. bukan kerana adengan lagak ngeri yang menjatuhkan urat-urat kentutku pagi tadi.. tetapi kata-kata yang menyatakan aku adalah poser besar kerana penulisan salah satu karya ku yang dikatakan meniru karya agung A.samad Said.. Salina dan Maliqha adalah individu berbeza.. tidak apa.. aku bukan piala dunia yang harus diagungkan.. yang dicium bak kilauan emas.
Aku menulis teks ringkas untuk angel pagi tadi ketika menunggu nama ku di panggil misi-misi pertengahan usia yang ganas!.. ya.. mereka agak seram dimataku..!.. Angel sibuk menulis karya yang mampu merubah dunia!.. ya.. aku percaya!.. Nantikan saja..Sabar dan senyum cumie!
Aku sebenarnya mati rasa... malam sebelumnya.. aku di lamun cinta plastik bila mataku terpandang susuk tubuh yang amat menganggu perlakuan ku sebagai wanita bertudung.. Ya..
Walau siapa empuya jasad.. jujur aku katakan.. aku gembira.. dianugerahkan waktu untuk melupakan peristiwa yang mampu meragut nyawaku... Mulai saat ini.. aku ingin menjadi apa yang aku inginkan... dengan izinNYA...
All is Well Cumie!
No comments:
Post a Comment