Saturday, January 29, 2011

Hilang Idea

Typing... Undo... Typing.. Undo... Typing.... Undo...

Khayalan semakin tepu... Otak mencairkan kumuhan.. Tidak ada mana-mana situasi yang mampu memberikan ilham untuk menulis... Buku conteng yang masih belum dilukai dinding daranya... Aku mengaru kepala... Berdagukan tapak tangan...

Panas... Aku harus membasahi diri... Bilik sejuk itu ku kunjungi.. aku diam dan nipis... Senyap..hanya ada nafas dan air...

Fikiran terbang bersama penulisan-penulisan minda... Aduh!.. Kenapa Ihlam perlu memilih bilik ini sebagai insipirasi? Bagaimana harus menulis?... Aku mengaru kepala lagi...Kali ini dengan buih-buih lavender..

Cumie...Cumie.....

Wednesday, January 19, 2011

Jari yang berbicara

Laju Menarikan jari...
Membogelkan bahasa yang tidak pernah sempurna..
Kerutan dahi yang tidak pernah menampakkan tanda akan surut..
Dunia realiti yang menggilakan penghuninya..
Ada yang tersenyum.. Ada yang membunuh kasih sayang.. Ada yang melacurkan jiwa..

Tergigit lidah ingin berbicara.. Tertutup mulut dengan sendirinya.. Hanya kata-kata yang beremosi ingin disampaikan.. Maka teruskan dansa wahai jemari..

Sang Pencinta meluahkan rasa.. maka terbacalah ia.. sehingga ada jiwa yang merasa ada air mata dicelah-celah huruf yang tertera.. Ada nafas yang disekat kerna tidak mahu dikatakan lemah perasaan.. Ada juga yang mendonggakan muka.. berdagukan tapak tangan..

Biarkan segalanya ada.. pada paksi yang dibenam di ruang-ruang yang sepatutnya.. Cubaan demi cubaan untuk menaturalkan diri.. alkali nya tetap ada.. jangan bertanya di mana nilai asid nya..

Topengan kayu yang berwarna.. menghantui kesemua pelakon-pelakon drama pentas ini.. Ada yang membezakan watak dengan mudah.. seolah-olah si cicak yang bertukar warna bersama tanahnya...

Sisa-sisa lakonan yang memuntahkan pada sesiapa yang menjolokkan jari ke mulut.. Perasan yang dipermainkan.. menjadi bahan untuk di tertawa.. tapi yang nyata.. Perasaan benci yang tidak mungkin berhenti..

Hentikan semua barah-barah yang kamu suntikkan.. Kuncikan mulut mu yang busuk untuk didermakan.. Matikan langkah mu dan nilai la apa yang kamu sumbangkan.. apa yang kamu telah celaka kan!.. Kesialan ini harus dikapankan!

Saturday, January 8, 2011

[HQ] 倪安東《Sorry That I Loved You》官方完整版MV

sorry that i love you

Aku agak sepi diam penghujung dan awal tahun.. 2 masa dan jarak yang kadang-kadang mematikan aku... bloggers lain telah banyak menghasilkan karya di awal tahun.. aku baru punya masa..

Aku kehilangan cinta nenda ku pada 27.12.2010.. saat yang aku tidak mungkin padam dalam ingatkan... aku mengalami fasa-fasa penderitaan yang teramat.. memasukkan diri ke hospital gila kerana aku kematian pusat waras... aku dipandang pelik oleh makluk-makluk asing.. aku dipulau sedangkan tidak ada tanah di air.. aku pelik..

Aku tidak tahu ingin menulis apa.. aku bukan sampah seni yang punya karya agong.. aku tidak sebijak budak yang menamakan dr MR.K kerna aku tidak penting.. aku sentiasa kosong..

Biarlah.. aku sendiri kadang-kadang benci.. dan aku bukan MIMIE.. gadis 2 negara yang dipuja kekasih hati...