Aku agak sepi diam penghujung dan awal tahun.. 2 masa dan jarak yang kadang-kadang mematikan aku... bloggers lain telah banyak menghasilkan karya di awal tahun.. aku baru punya masa..
Aku kehilangan cinta nenda ku pada 27.12.2010.. saat yang aku tidak mungkin padam dalam ingatkan... aku mengalami fasa-fasa penderitaan yang teramat.. memasukkan diri ke hospital gila kerana aku kematian pusat waras... aku dipandang pelik oleh makluk-makluk asing.. aku dipulau sedangkan tidak ada tanah di air.. aku pelik..
Aku tidak tahu ingin menulis apa.. aku bukan sampah seni yang punya karya agong.. aku tidak sebijak budak yang menamakan dr MR.K kerna aku tidak penting.. aku sentiasa kosong..
Biarlah.. aku sendiri kadang-kadang benci.. dan aku bukan MIMIE.. gadis 2 negara yang dipuja kekasih hati...
No comments:
Post a Comment