Laju Menarikan jari...
Membogelkan bahasa yang tidak pernah sempurna..
Kerutan dahi yang tidak pernah menampakkan tanda akan surut..
Dunia realiti yang menggilakan penghuninya..
Ada yang tersenyum.. Ada yang membunuh kasih sayang.. Ada yang melacurkan jiwa..
Tergigit lidah ingin berbicara.. Tertutup mulut dengan sendirinya.. Hanya kata-kata yang beremosi ingin disampaikan.. Maka teruskan dansa wahai jemari..
Sang Pencinta meluahkan rasa.. maka terbacalah ia.. sehingga ada jiwa yang merasa ada air mata dicelah-celah huruf yang tertera.. Ada nafas yang disekat kerna tidak mahu dikatakan lemah perasaan.. Ada juga yang mendonggakan muka.. berdagukan tapak tangan..
Biarkan segalanya ada.. pada paksi yang dibenam di ruang-ruang yang sepatutnya.. Cubaan demi cubaan untuk menaturalkan diri.. alkali nya tetap ada.. jangan bertanya di mana nilai asid nya..
Topengan kayu yang berwarna.. menghantui kesemua pelakon-pelakon drama pentas ini.. Ada yang membezakan watak dengan mudah.. seolah-olah si cicak yang bertukar warna bersama tanahnya...
Sisa-sisa lakonan yang memuntahkan pada sesiapa yang menjolokkan jari ke mulut.. Perasan yang dipermainkan.. menjadi bahan untuk di tertawa.. tapi yang nyata.. Perasaan benci yang tidak mungkin berhenti..
Hentikan semua barah-barah yang kamu suntikkan.. Kuncikan mulut mu yang busuk untuk didermakan.. Matikan langkah mu dan nilai la apa yang kamu sumbangkan.. apa yang kamu telah celaka kan!.. Kesialan ini harus dikapankan!
No comments:
Post a Comment