Monday, July 25, 2011

Nyawa yang sia-sia

Nafasmu... Nafasku...
Berdaging dan berdarah sepertiku..
Putih asalnya tulang serupaku...
Menyokong tubuh untuk berdiri..
Di tanah rumput yang sama...
Meniti hari yang tiada bedanya...

Namun...
Dimana silap..?
Dimana punca..?
Dimana erti semua..?
Bila kezaliman menjadi kebodohan yang dibangga?
Bila mata dan telingga dicacatkan segala..
Bila dunia berpolitik agama..
Hilang jiwa.. hilang nyawa..
Bermandikan darah seolah nyawa milik tegar tindakan gila mu!

Berderai otak... berkecai tubuh..
Peluru menembusi jantaung dan hati...
Bila maut dihukum dengan besi karat penjara...
Wajarkah hukuman dunia keatasnya???
Percumakah penyeksaan kasih sayang nya???
Tidak mungkin!

Kamu adalah anak dajal durjana..
Menjadikan pelbagai alasan mencabut nyawa..
Tubuh kaku..mata masih terbuka.. dikapankan semua..
Kamu tersenyum di depan dunia..
Mendabik dada akulah "WIRA"..
Wira kesucian agama yang songsang fahamannya..

Ah sialan semuanya.. Syaitan sedang berpesta melihat dunia...
Mengangkat gelas dosa.. Kerna ada manusia seperti mereka..
Dan aku????? adakah akan bersama mereka??

Walau neraka atau syurga balasan jiwa yang pergi..
Aku yang menanti saat roh ku dijemput kembali..
Akan terus menangisi tragedi..
Jiwa-jiwa yang hilang ditangan makluk tuhan sepertiku..
Aku malu.. Walau berjuta titisan air mata..
Tidak akan mampu mengikis kedukaan peyiksaan jiwa...
Damailah sahabatku...
Nasib kita mungkinkah sama...
Mungkinkah??

No comments:

Post a Comment