Thursday, September 2, 2010

AkU BuKaN MaLaIkAT


i
Bila jemari mula menari-nari di papan ronggak ini, akan bermula lah bebelan kosong si empunya.. Gegaran di otak semakin hari semakin membunuh sel-sel tahan sakit di kepala ku.. sehinggakan sel-sel morning sickness singgah menyapa tubuh badanku.."uwek" kan yang berterusan yang amat menjengkelkan..

Di saat aku mahu kembali tidur menyulam mimpi bermadu kasih, aku di datanggi bayangan tangisan aku tengah hari semalam.. hati aku basah.. aku kecewa..aku STRESS! Pagi semalam yang amat memualkan aku adakah ianya mendorong aku untuk mengalirkan air mata atau ianya sekadar alasan aku tidak tahan sakit denyutan lagu dangdut di kepala..

Pangilan telefon yang tidak berjawab meresahkan aku.."cumie..im worried about her".. sms yang aku terima tengah hari semalam menyebabkan aku rebah di kerusi kayu di luar kantorku.. aku terus mendail no sahabat yang ku rasakan sedang berperang dengan perasaan..MASALAH cinta.. ya..itu sudah pasti..

Aku terus mendail.. Yes..kali ini panggilan ku berjawab.. tapi tidak punya suara untuk berbicara..hanya esekan halus si gadis yang putus cinta..aku diam.. terus membiarkan tangisan bergema yang diselang-selikan dengan taipan jari-jemari di dada komputer..bisa saja si komputer bersuara akan di sumpah jahanam si tuannya kerna menekan punat-punat seolah-olah menghukum mati dirinya.. terus..aku diam..

Aku cuba bersuara di sebalik tangisan..tapi tidak ada jiwa.. terus menangis.. ahh..aku tidak punya 89jam sehari untuk menemani kau.. aku juga punya cerita..aku terus meluahkan rasa..biar aku turut menangis bersama..


Aku bukan malaikat...Yang punya sayap-sayap besar untuk melindungi.. yang putih salju yang dapat menyejukkan hati mu..aku bukan malaikat...

Kata-Kataku bukan bahasa bogel yang menampakkan si badannya masih dara atau bujang..yang menyatakan dirinya naif seolah-olah tiada dosa..aku juga tidak sempurna..

mengapa aku terbeban dengan drama-drama swasta di TV kerajaan..kerna kamu adalah darah yang mengalir di jantungku.. kerna kamu ada lah sahabatku..
kenapa hanya aku yang berdosa pabila masalah memutarkan kepala..sedangkan aku cuba menyapa..menenagkan rasa.. aku bukan malaikat..tapi aku mencuba..

Kata-Kata aku kosong..aku tidak memahami..tetapi kenapa aku dicari? adakah untuk menghina diri yang rapuh tidak bernadi?? Matanglah kamu wahai sahabat..dunia terlalu indah untuk ditangisi..mata mu bersinar jangan di noda tangisan kerna lelaki..bangunlah..terbanglah bersamaku..walau aku bukan malaikat..

Jangan cuba memahami aku.. membandingkan dirimu dengan aku..kerna kamu tidak mampu..
walau kau mengangkuh diri berkata kau sahabat yang mengerti.. pergi jahanam kerna itu hanya ilusi..tiada siapa yang memahami diri ini..kerna aku kosong tiada erti..bodohkan?

aku bukan malaikat..kerna aku terus disakiti..bukan untuk di puja..walau aku tidak pernah meminta..hanya bila kamu punya rasa.. mendamakan aku dalam kehadiran.. biarkan aku berkata-kata..walaupun ada darah yang mengalir.. ada mata yang terbasah..AKU BUKAN MALAIKAT..

No comments:

Post a Comment