Monday, February 13, 2012

ENTAH APA-APA

Pusingkan kepala setinggi darjah hendaknya.. Walau selepas dibasahkan badan ianya masih lesu.. Berkemban menutup apa yang termampU...aku kecapekkan.. Digit-digit masih berlegar dikepala.. Mencari rumus yang akan disamakan..

Duduk di bangku usang.. Kipas dinding dihidupkan.. Krek..Krek..Krek.. Bunyian... Uzur sungguh kelihatan.. Debu-debu menjadi satu bersama sarang lelabah... Hidungku gatal.. Tulangku ngilu.. Sejuk..

Bauan kopi pekat sungguh menafsukan aku.. Mudahan kesannya menyegarkan mataku sehingga subuh ke esokkan..mudahan... Terus bibirku menyentuh lembut pipi cawan merah jambu.. Airnya mengalir terus ke tekakku... Nikmat..Sekali lagi ditegukkan..

Diluar tingkap sudah kegelapan.. Tidak ada matahari buatku hari ini kerna sebelum subuh aku sudah mengabdikan diriku di kantor.. Pulangnya saja sudah terbenam...Semenjak ketiadaan Tuan B ku aku semakin sibuk.. Sibuk mencari peluang untuk menghalalkan apa yang tidak boleh.. Aku rindu toyol raksaksa... Semoga cepat sembuh..

Tangganku terus diangkat dan objek kurus putih berhaba ku suapkan kemulut.. lalu ditarik.. Tulangku yang ngilu terus kepanasan.. Sial.. Ini batang yang terakhir.. aku harus berjimat.. Dompetku sudah kekeringan... Kad ku sudah lobos kerna sering dimasukkan ke dalam lubang tunai.. Bila gaji? Celaka Kerajaan... Bantuan RM500 tidak langsung dikesiankan untuk golongan bakal muflis sepertiku.. Pemilik S Series yang bergundik 3 disuap manja ke mulut duit hasil cukaiku..sia

Terfikir akan esok.. hari kekasih membuktikan kevirginan masing-masing.. Pegawai agama pening kepala.. lokasi mana hendak diserang terlebih dahulu... Kumpulan-kumpulan 3gp sibuk mengecharge HP masing-masing..standby mode.. Aku hanya menunggu 9bulan akan datang.. Menunggu permohonan busted-busted dilindungkan.. Entah siapa harus disalahkan.. Kenapa mesti 14? Kenapa tidak 15? Sendiri punya dosa.. Dah muak nak berdakwah..Pernahkah?

Jujur aku benci Febuari.. Lebih-lebih lagu Februari 2012.. Genap setahun aku diludahkan dari hidup seseorang... Dan aku masih disini.. dilongkang yang sama.. Entah bila ada manusia yang berani memijakku... Aku rindu dia.. Dia? Biarkan saja.. Dia bahagia..

Tangan terlalu laju menaip.. kepalaku gatal... Kembanku maskin serabut... Memori makin sibuk menerjah otak.. Pening...

Apa-apa pun.. dunia terus berputar... awan makin menipis.. dah manusia semakin menggila...

Nota Kaki: AKU TERASA... SANGAT-SANGAT TERASA.. BILA SASTERAWAN NEGARA DIANJINGPOLITIKUSKAN.. MENDAKWA DUNIA HITAM PUTIH DILEMBUKAN.. AKU ADALAH ANTARA GOLONGAN.. WALAUPUN BAWAHAN.. SERIUS AKU TERASA... AKU BUKAN LEMBU.. APAKAN LAGI ANJING.. TIDAK PERLU DIMANDIKAN AIR TANAH SELEPAS MENYENTUHKU... TERUSKAN MENULIS.. AKU MASIH INGIN MEMBACA KARYAMU.

No comments:

Post a Comment