Friday, September 9, 2011
Duniawi Aku Tewas
Tidak satu mahupun dua
Lebih kiraan tiga pastinya
Jiwa aku dipelurukan oleh kesetiaan para-para seakal sejiwa
yang kononnya bukan di kalangan pengdosa.
Dimana khilafku di tengah kalut aku terpinggir..
Dengan senyuman ejakulasi di wajah kamu
Suram dinggin malam aku dituduh sempurna disisi makhluk bumi..
Haruskan aku berhenti melangkah..
Membiarkan nafasku terputus..
Di belakang lorong penuh dusta.
Jari ditunjuk menyalahkan sesiapa...
Dada ditepuk berbangga lah dia..
Aku dikatakan sebodoh manusia..
Bila pesalah semuanya gagal disabitkan..
Senyap dan menangisi...
Aku rupanya rapuh tidak berkaki..
Salahkah aku kiranya jenazah mereka yang ingin ku mandikan...
Salahkah aku bila mereka yang ingin ku zalimkan?
Salahkah aku bila dajal ku dimuntahkan di atas mereka..
Mereka yang kegersangan untuk diperlihatkan kewujudan...
Kewujudan Komunti 10 tahun lepas yang penah aku lalui..
Mereka adalah monyet pokok batu bata..
Ya.. Mereka!!!... Ya... Kamu!!!!
Sungguh kini aku berdendam...
Berdendam dengan kertas-kertas ungu hijau
Kerana ia telah mencacatkan akal..
Menjadi virus yang membarahkan manusia seperti ku..
Yang menjunjung kasih sayang hormatkan dunia..
Lebih dari segalanya...
Aku menjadi sahabat yang gagal..
Tewas dalam peperangan kondisi laungan penhujung dunia..
Berani ku kerana benar..
Biarkan aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment