Saturday, November 13, 2010

helpless.. i need toyol


Diriku di uji dengan darah... yang mengalir..
yang menjadi nadi nafas ku..
Terduduk kosong aku mendonggak langit..
mencari ketenangan dalam kesakitan..

Bumi ku pandang kosong pabila langit tidak mampu membantu...
Hampa kurasakan..
membenci diri bila musibah yang diberikan mematikan langkahku terus..
Aku yang dipaut menjadi pelampung tidak langsung membantu untuk memberi nyawa..
Darah terus keluar diliang-liang rongga badan.. mematikan jiwanya..
Apa harus ku lakukan? Aku sendiri tidak mampu..
Aku menyumpah.. menyialkan diri.. menjahanamkan kata-kata kesat di dalam diriku..
Kerana kekurangan aku yang tidak sempurna..

Maafkan...

Aku juga menangis seperti mu.. aku juga kesedihan seperti mu..
Andai aku bisa terima segala.. dengan penuh aku menerima..
Andai bias aku bertukar jasad dengan mu.. biarkan.. aku mahu...
Aku tidak punya kekuatan untuk melihat... biarkan aku merasa..
Berikan segala kau punya.. aku kesanggupan..

No comments:

Post a Comment