Saturday, October 2, 2010

Kewarasan yang mencacatkan

Aku berpaling dari kebiasaanku..Pada mulanya aku giat mempamirkan garisan gigi-gigi putih ku pada makhluk2 normal di sekeliling ku.. Pabila terus sahaja sang jingga memacakkan diri di tengah-tengah lelangit biru...Aku kematian akal..

Aku mula menguraikan rambut paras bahu ku.. membiarkan ianya terus terbiar tanpa kekemasan.. aku sendiri rimas.. Terbaringnya aku seolah-olah membiarkan pohon-pohon usang siap menjadi satu objek tegar yang terhias cadar dan bantalnya menjerit dek lebihan muatanku..lebih berat lagi ganguan emosi ku jika dibandingkan jasadku..

Hormon-hormonku terus memanaskan diri..seolah-olah badanku ini gunung berapi..yang akan meletup dan menjadi debu yang mematikan nyawa-nyawa asing. Terus saja akal ku membiarkan wayang-wayang melayu bermain di otakku.. mengingatkan aku betapa penuh hati ku benci kepada sesetengah makhluk bukan dewa.. betapa aku ingin menangis dek kebodohan aku sendiri.. betapa aku menyesal lahirnya aku tidak berfungsi..

Aku semakin benci dengan lakonan di mata ku.. seolah-olah mereka tidak mengizinkan aku untuk berehat seketika bersama KIT KAT walapun pada dasarnya aku benci KIT KAT.. kemanisan nya melampau.Aku boleh mati dalam kemanisan..hidangkan saja APOLO BAR 20sen..sama saja..

Pabila manusia berpijak pada keegoaan.. Pabila manusia membanggakan kebodohan.. aku akan terus berpaling dan berbicara sendiri memaki hamun.. aku membenci(lagi).. Apalah guna kewarasan bila sendiri tidak mahu mengizinkan ianya bersatu dengan kematangan... Usia hanya pada angka-angka di kad biru..tidak sesekali tercatitnya ketinggian IQ mereka di situ..andai saja bisa bukan..? Aku sendiri ada kebodohan.. aku sendiri tidak sempurna.. Tapi aku cuba melarikan diri dari belagak bijak membodohkan diri.. Kewarasan ku akan tercacat di situ... dan kamu yang bodoh akan terus menghidu kentut sendiri.. tidak bosankah kamu..?

Terlena kamu dengan drama-drama imaginasi sendiri.. membayangkan kebahagiaan yang sudah tercatit bukan milik kamu..mungkin? Bangunlah..kamu bukan kanak-kanak yang harus di buka disney channel oleh sang ibu agar mereka bisa terus melakukan kerja harian.. "M.I.C.K.E.Y...M.O.U.S.E".. kamu bernyayi..sedangkan usiakamu sudah yakin menunjukkan keupayaan memiliki keluarga SENDIRI..kamu akan bahagia.. seperti BARNEY AND FRIENDS..Percayakan aku..

Sudahlah wahai dunia.. jangan dihidangkan aku dengan drama-drama kosong mencacatkan jiwa ini.. aku juga perlakonnya bukan..mengapa harus aku melihat drama-drama sendiri..DEJA VU kah itu???..Aku bukan LADY GAGA.. Aku ketty Perry.. gila..comel..seksi..dadah..

Kepenatan tubuh ni..aku ingin tidur..dengan mataku terbuka luas..tidak takut apa-apa..Aku ingin mengusir semua suara-suara halus yang mematikan niatku untuk tersenyum.. aku ingin membakar suma roh-roh jahat yang ingin melonjakkan lava-lava hormonku..

CHUM2 KEPENATAN...KEGILAAN..KEHILANGAN..
CHUM2 INGIN TIDUR SELAMA-LAMANYA..
Izinkan...CHUM2 Minta Maaf...

No comments:

Post a Comment