MENEKA DALAM KESAMARAN
Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara..
Ku curahkan semua.
Harapan ku yang ada..
Kerana ku terlalu menyinta..
Ku merintih tiap keindahan
ku lepaskan apa yg ku genggam
tiada aku inginkan
keraguan mu berpanjangan tanpa persoalan
keteguhan cintaku kepadamu
membuatku tak merasa jemu..
sering kali pertanyaan
yang cuba aku timbulkan
pada mu hanya kebosanan.
Bagaikan ada kesamaran..
Di dalam sinar pengharapan
Puas sudah mencari silapku
Puas sudah meneka hatimu..
Tiada ku temui..
Jawapan mu yang pasti..
Yang memberi ketenangan diri..
BERDIRI SEORANG PERINDU
Sikapmu meremukkan hati..
Sengaja kau kenang lagi..
Kisah menyentuh hati..
Meresah diri ini
Adakah ku di uji
Kasihku…yang terlalu dalam..
Usahlah dipersendakan..
Sabar dan kejujuran..
Jadi akar kita
Agar kita bahagia…
Berdiri aku di sini..
Bukan untuk seketika..
Berdiri aku sebagai perindu..
Meskipun jiwa ku sedih.
Terasa bagai dihiris..
Namun ku tersenyum selalu..
Ku sentiasa beri kesempatan..
Semoga ada ruang kemesraan..
Kita yang punya perasaan
Kekadang rasa terkilan..
Janganlah dikeruhkan..
Kasih yang senang tenang..
Kerana ku merindu
lewat tengah malam tadi..aku dihubungi oleh seorang sahabat lama.. namun khabar nya telah membuatkan aku bingung hingga aku terpaksa untuk menulis.. runtuh hati seorang teman bila sahabatnya telah melafazkan cerai ke atas isterinya.. hanya getaran dan esakkan yang ku dengar di saat otakku kaku dan mulutkku membisu..
kemuliaan sebuah perkahwinan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pasangan suami isteri. namun pada usia ku kini, timbul keraguaan dan ketakutan untuk membina rumah tangga sendiri.. hidup ini yang diulami dengan kisah duka insan disekeliling.. dihidangkan dengan realiti kepincangan masyarakat kini telah membuatkan hati kecil ini amat cuak untuk digelar isteri..
Akad nikah yang dilafaskan si suami bukan jaminan kekal kebahgiaan dunia akhirat setiap pasangan... berpacaran bertahun2 bukan kayu pengukur kekuatan cinta dan keikhlasan kasih sayang tetapi apakah???????...ya..betul..tidak semua ikatan perkahwinan akan diakhiri dan dilanda badai...tapi ianya tidak mustahil bukan..
sifat azali manusia yang cepat leka dan alpa... diri dikuasai nafsu kotor dunia... dan dibogelkan oleh syaitan jahanam akan mengikis kasih sayang yang telah di bina.. Apabila tiada lagi perasaan cinta..apabila kasih sayang mula dipersenda..apabila perhiasan luaran mata dijadikan punca untuk di duakan..kerna apa????? kejujuran dan kesetiaan akan hilang terus dari jiwa demi mengejar nafsu serakah seorang hamba sehingga iman didada turut hanyut dan lemas..
AHHHH!... aku amat takut untuk terus memikirkannya.. hanya doaku kepadaNYA..agar diri ini dijodohkan dengan seorang suami soleh yang akan menjadi imam dalam setiap solatkku..akan menarik dan mengenggam erat tangganku saat aku leka dan terjatuh..seorang suami yang akan mendidik cahaya mataku sebaik-baiknya..andai ianya tidak di dunia..biarlah doakan di dengar di akhirat sana..
pada sabahat & saudaraku yang telah mendirikan rumah tangga..jagalah syurgamu..Nikmat ALLAh tidak ternilai..hargai setiap insan..setiap masa dan ketika dan hiasilah peribadimu agar penjadi pasangan yang terbaik dunia dan akhirat..
& utk sahabat & saudaraku yang sedang mencari & akan di ijabkabulkan.. perkahwinan bukan satu permainan.. yang bisa diperlekehkan.. semoga kalian dijodohkan dgn pasangan yang indah perwatakkan..yang suci iman nya.. dan semoga kekal ke akhir hayat..ameen..
No comments:
Post a Comment